Posts

Showing posts from 2012

Senaskah buku

Image
Minggu ini masing-masing sibuk dengan Majlis Konvokesyen. Membantu mengurus dan meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pengajian di Universiti. Alhamdulillah, masuk tahun ini tiga kali diberi peluang untuk turut sama menjayakan Majlis yang penuh makna ini. Walaupun bukan diri sendiri yang berjalan diatas pentas kuning itu untuk menerima skrol empunya diri tapi dapat kesempatan untuk lihat dan raikan dengan mereka yang dirai sudah cukup bermakna. Mudahan semangat dalam diri untuk menyambung pelajaran sentiasa membara dalam diri. Mahu rasa perasaan itu lagi. Teringat kata seseorang yang mengatakan, 'disebalik penghargaan 2-3 saat diatas pentas tu, terkandung suka duka,pahit maung untuk mendapatkannya'. Sememangnya benar dan pengalaman itu yang membentuk diri. Dalam kesempatan minggu konvo ini, peluang untuk servey gerai favourite a.k.a gerai buku sememangnya tiada boleh dilepaskan. Almaklum, mana tahu boleh dapat harga runtuh..memang berbaloi-baloi. Dari satu gerai ke...

Monolog 1

Kadang-kadang kita terlalu menginginkan sesuatu dan cuba untuk meyakinkan diri ia terbaik buat kita. Tetapi semakin kita cuba untuk menyakinkan diri, perkara itu menjadi semakin menyesakkan dan tidak rasa berpijak di bumi nyata.Perasaan ini perlu diselesaikan, jangan dibiarkan menjadi onar yang membikin hati tidak tenteram. Minta pada-Nya, Dia yang Maha Mendengar (As Sami'), Maha Mengetahui (Ya Aliim); Adu segala perkara yang mengusutkan fikiran dan serahkan kepada-Nya dan lapang dada untuk menerima ketentuaan-Nya. Sentiasa sematkan dihati dan minda, setiap yang terjadi ada hikmahnya dan sedia mencari hikmah disebaliknya. Hatimu akan tenang. *** Menarik nafas sedalam-dalamnya dan cuba untuk berfikir serasional yang mungkin. Ada jalan penyelesaiannya. Bukan ini yang dimahukan..sepatutnya begini..sepatutnya begitu...ahhhhh semuanya dirasakan tidak kena. Adakah aku yang perlu berubah atau 'mereka' yang perlu diubah? Masih terngiang-ngiang ditelinga, kata-kata inspiras...
Image
Ingin ke situ lagi... Angin sepoi-sepoi bahasa Air laut yang membiru Langit cerah mendamaikan ~kombinasi angin, laut dan langit yang mempersonakan~ Inginku kesana lagi~

Booster

Image
Berkesempatan untuk menghadiri satu seminar potensi diri. Memang tidak dinafikan, diri ini amat perlu penaik semangat a.k.a booster untuk mengharungi cabaran hidup ini. Peluang yang diberikan tidak disia-sia. Ditemani dua rakan yang sama-sama semangat. Wahh..memang ramai yang hadir. Harap-harap seminarnya sehebat bilangan yang hadir. Sesungguhnya, majlis ilmu itu antara taman-taman syurga a.k.a raudhah dan dipayungi malaikat. Raudhah itu Di Antara Taman-Taman Syurga, Menghadiri Majlis-Majlis Ilmu itu di Antara Taman-Taman Syurga, Menghadiri Majlis-Majlis Ilmu itu Lebih Baik Dari 1000 rakaat solat sunat. Antara intipati seminar yang ku perolehi; 1. Kesyukuran *Bersyukur dengan nikmat yang dimiliki dan memaksimakan nikmat yang dimiliki. *Bersedia untuk belajar dan mengajar *Tiada jalan singkat untuk berjaya *Berjaya dengan ilmu *Kuasai cara anda bertindak *Jangan bina tembok yang menhalang potensi anda. *Mencari mentor yang boleh membimbing anda dala...

Bait Syair Indah

Image
BAIT-BAIT SYAIR INDAH~   TIADA YANG DILAHIRKAN TERUS BERILMU Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,  dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil. Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,  menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya). Seorang yang hina sekiranya berilmu, ia menjadi besar bila dikerumuni oarang ramai (yang ingin belajar). Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan), Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu. HASIL TANGANKU Tanganku akan hancur di dalam tahah, Yang kekal hanya tulisanku di atas buku, Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, Doakankeselamatan aku dari azab. BUKU ITU SEBAIK TEMAN Sebaik-baik teman berbual dan lepak-lepak itu ialah buku ..  kau bersendirian bersamanya ketika sahabat-sahabatmu menjemuimu Buku tidak membocorkan rahsia bila kau amanahkannya ..  bahkan diperolehi d...

Perjalanan itu masih jauh...

Image
Setiap perkara yang baru itu, ada proses yang perlu dilalui dan proses itu tidak semestinya manis dan tidak seharusnya pahit. Benarlah firman Allah SWT dalam surah Al-Insyirah yang menyatakan setiap kesukaran itu bersama-samanya kemudahan. Ku tegaskan semula, setiap kesukaran bersamanya/disertai kemudahan. Maksudnya kesusahan dan kemudahan itu seiringan. Itu janji Allah SWT. Kita selalu juga khilaf dalam memahami perkara ini yang mengganggap jika ditimpa/diduga dengan kesusahan, harapan untuk senang dan kembali selesa adalah sesuatu yang mustahil berlaku. Ayuh kita set semula tanggapan kita ini, percaya dengan janji Allah SWT; إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Surah Al-Insyirah 94: Ayat 6)  Seperti yang ku beritahu dalam post sebelum ini.Dalam kehidupan kita dimuka bumi ini setiap saat dan ketika memerlukan kita untuk membuat pilihan. PILIHAN. Kita punyai hak dan kebebasan untuk mem...

Bersediakan Kita

Image
Terkesan dengan ceramah yang diberikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Sangat-sangat menyentuh hati dan iman. Bingkisan untuk dikongsi bersama. Adakah kita telah bersedia untuk menguruskan jenazah ayah dan ibu kita jika telah tiba waktunya. Cukupkan ilmu di dada untuk kita praktiskan. Menurut ustaz, kesediaan dan kekuatan anak-anak untuk menguruskan ayah dan ibu semasa akhir hidup mereka menunjukkan kejayaan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak mereka.Belum tentu lagi semua anak bersedia untuk memikul tanggungjawab itu lantaran kekangan utama dari segi pengetahuan agama samada dari ilmu fardhu ain ataupun fardhu kifayah. Antara lain, perkongsian juga memberi kesedaran pada diriku berkenaan berapa kerapkah kita selaku ibu-bapa (bagi yg sudah bergelar ibu/bapa ataupun yang akan pada satu hari menjadi ibu-bapa) membincangkan perkara-perkara berkaitan agama dengan anak-anak. Kadang-kadang ibu-bapa lebih bersedia untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan pendidikan sel...

KEPALA ANGIN

Tidak bersetuju dengan seseorang yang merasakan dirinya perlu dilayan berbeza hanya disebabkan posisinya dalam sesebuah organisasi. Tapi dalam pada masa sama menghormati dan meneladani seseorang yang memberi kerjasama dan respon mereka mengikut kemampuan dan kepakaran mereka. I salute you sir and keep it up. Moga saya pun tergolong di kalangan individu yang cemerlang dan ikhlas memberi bantuan dan khidmat. Alasan yang biasa didengari adalah individu sebegini memberikan reaksi ini kerana dikatakan punyai 'angin' yang tidak menentu. Bagiku, individu sebegini adalah lemah dalam pengurusan diri mereka. Gagal untuk menguasai diri dalam memberikan respon terhadap orang di sekeliling mereka. Dek kegagalan individu sebegini mengawal emosi dan tindakan, orang sekeliling yang perlu untuk menyesuaikan diri dan menerima reaksi negatifnya. Orang sekeliling pula terpaksa menerima dan menyesuaikan diri kerana tidak mahu ia jadi isu dan mungkin juga sebab posisinya itu. Sangat-sangat tidak...

Suku Abad

Image
Tahun 2011 telah melabuhkan tirai, lembaran tahun berikutnya mula mencoret seribu satu cerita. Pada ku, semangat tahun baru, baru sahaja ku sambut. Lebih selesa dan rasanya itu yang afdal bagi yang mengaku menjadi pengikut Nabi Muhammad saw untuk meraikan kedatangan tahun hijrah melebihi sambutan tahun Masihi. Kedatangan tahun baru hijrah, diakhiri dengan doa akhir tahun dan disusuli pula dengan doa awal tahun. Moga-moga memperoleh keberkatan dan kejayaan bagi tahun tersebut. Ini amalan yang padaku amat penting. Bila kita berdoa,secara automatik kita telah set dalam fikiran kita akan kebergantungan kita pada Ilahi. Indah. Kita percaya setiap yang dilakukan untuk mendapat redha-Nya, berusaha sehabis baik- sebaik  yang mungkin..kerana kita tak tahu apa yang terbaik buat kita. Hanya merancang dan Dialah yang menentukan yang terbaik buat hamba-Nya. Perasaan yang diperoleh melalui pengalaman bermacam-macam dan kadang-kadang tidak sangka akan pergi sampai ke ...