Posts

Human Resource Management VS Human Capital Management

Image
Human Resource Management (HRM) merujuk kepada satu sistem dan proses dalam pengurusan sumber manusia manakala Human Capital Management (HCM) pula merujuk kepada nilai ekonomi (economic value) yang mensasarkan untuk kesan yang baik dalam suatu tempoh kehadapan. Dalam memahami konteks dalam F.S.T.T Formula; Contoh; Field (F) = Human Resource Subject (T) = Human Capital Development Topic (T) = Training and Development Design/ Organizations Performance/  Title (T) = The Effectiveness of Online Learning as Primary on Job Training Approach/                       Impact of Human Capital Management on Organizational Performance Dalam HCM melihat dalam konteks kepentingan di masa hadapan dari segi keuntungan ekonomi dan jangka panjang (strategik). Strategic Human Resource Management Strategic HRM merupakan satu perkataan yang menterjemahkan penilaian dalam pengurusan sumber manusia yang mengambil kira elemen dalaman dan luaran sesuatu organisasi (firm). Terjemahan ini adalah hasil gabungan 2

Onboarding Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Pegawai PPPT dan SBA (Staf Bukan Akademik), Kementerian Pengajian Tinggi

Alhamdulillah, aku beroleh peluang dan kesempatan untuk berada di Dewan Zaaba, Kementerian Pengajian Tinggi untuk sesi persediaan penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi tahun 2023 ini. Anggaran sekitar 150 orang penerima HLP yang hadir dalam sesi kali ini.Keistimewaan pada kali ini yang mana kursus diadakan secara bersemuka setelah hampir 4 tahun dijalankan secara maya. Tidak dinafikan kehadiran secara fizikal mempunyai aura yang tersendiri. Berkobar dan bersemangat hati tiap selesai penceramah menyampaikan perkongsian mereka kepada kami. Kursus dua hari ini berlangsung mulai 24 Ogos hingga 25 Ogos dan menghimpunkan penerima biasiswa HLP Pegawai Perkhidmatan di Politeknik/Kolej Komuniti dan juga penerima biasiswa HLP Staf Bukan Akademik (Universiti). Rata-rata yang hadir bersemangat dalam menyambung pengajian dengan tidak putus pertanyaan diberikan kepada pegawai di unit biasiswa. Lagipula ini satu-satunya sesi bersemuka yang disediakan untuk calon mendapatkan penjelasan sebara

Peluang menjalani sabatikal pentadbiran - Bahagian 2

Tanggal 18 Ogos 2023, aku menerima whatsapp dari seorang staf Jabatan Pendaftar UPM. Berbunga hati kerana bakal dapat maklum balas daripada pihak sana berhubung cadangan sabatikal. Dalam fikiranku, tertanya juga bagaimana perancangan untuk membuat sabatikal ini apabila memikirkan masa yang semakin suntuk untuk aku membuat persiapan untuk memulakan cuti belajar pada bulan disember nanti. Alhamdulillah, staf berkenaan memperkenalkan diri dan memberitahu beliau ingin menyampaikan bahawa staf di jabatan pendaftar UPM yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pelantikan iaitu En Fakaruddin, Penolong Pendaftar Kanan, berkelapangan untuk tarikh yang dicadangkan untuk sabatikalku. Cuma pada 29 Ogos staf berkenaan mempunyai program audit yang memerlukan beliau berada dalam program tersebut. Hasilnya, usai petang aku emel latar belakang Program AOP dan kertas cadangan tujuan serta perancangan sabatikalku kepada Puan Alifah dan En Fakaruddin untuk penelitian dan pertimbangan. Inshallah, ku nantikan m

Peluang menjalani sabatikal pentadbiran - Bahagian 1

Image
Cubaan untuk pengalaman bekerja yang lain dari yang lain. Tidak disanggka tak semudah yang dirasakan. Bermula dengan pembentangan dengan Jawatankuasa untuk pertimbangan kelulusan mengikuti Administrative Outreach Program yang Panel terdiri dari Pengarah PTi, Pendaftar USM dan Dekan IPS. Temuduga berdurasi 15 minit yang tidak mudah dan cadangan tajuk yang dibentangkan diberi maklum balas untuk memastikan hasil inovasi yang akan diperolehi boleh dicapai dalam tempoh yang dibekalkan.  Tak lama untuk mengetahui keputusan AOP ini, keesokkan harinya diperolehi surat tawaran dan diminta untuk mengisi borang jawapan setuju terima. Dalam keasyikan menerima berita, persetujuan dikemukakan dan tidak terbayang lagi persiapan yang bakal dilakukan kelak. Sesi perjumpaan dengan Pengarah PTi, En Roslan Ismail dan Puan Izzati pada 6 Ogos 2023. Dijadualkan pertemuan dengan Pengarah PTi dan hasilnya untuk merealisasikan matlamat AOP ini tidaklah mudah. Dalam pembentangan ini sekali lagi tajuk cadangan sa

Meniti semula citra penulisan

Image
Satu ketika dulu keterujaan dalam menyusun kata yang menghasilkan sebuah penulisan adalah sesuatu yang aku rasakan amat mengasyikkan. Sayembara sajak, esei khusus bertema dan seumpamanya adalah sesuatu yang menjadi keseronokan zaman persekolahanku. Bila menginjak ke alam universiti, keterujaan ini berkurangan dek kesibukan dalam mengejar aktiviti dan program kesukarelawan. Tidak lagi menyusahkan diri dalam mengolah kata yang akhirnya menyebabkan tenggelammnya kosa kata kerana tidak diperkasa. Tidak dinafikan di universiti aku diulit dengan lambakan informasi dan pengetahuan sehingga lupa untuk menulis bagi menterjemahkan pemahaman. Sungguh aku lupa..sungguh aku alpa..alpa dalam penulisan. Dalam alam pekerjaan ini aku selalu diingatkan oleh ketua dalam organisasiku agar aku menulis dan merekodkan pengalaman dan dapatan yang aku lalui. Menulis dan kongsikan pada mereka yang belum mengetahui. Namun benar aku alpa..aku terus membaca namun terlupa untuk menulis dalam menyampaikan citra rasa

Bengkel Kajian Maklumat Stand Operasi Standard Pelajar

Image
Kumpulan 6 Latihan Industri dan Mobiliti Ketua kumpulan Sdr Aizat belanja kopi pahit disebelah petang yang hujan renyai. Memang mantapp Antara perbincangan yang dilakukan dalam kumpulan. Berhujung minggu dengan rakan pentadbir dan akademik untuk bengkel kajian semula pengurusan kualiti berkaitan pelajar. Secara keseluruhan mengharapkan integrasi dan automasi dalam proses kerja semasa. #digitalusm

Senaskah buku

Image
Minggu ini masing-masing sibuk dengan Majlis Konvokesyen. Membantu mengurus dan meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pengajian di Universiti. Alhamdulillah, masuk tahun ini tiga kali diberi peluang untuk turut sama menjayakan Majlis yang penuh makna ini. Walaupun bukan diri sendiri yang berjalan diatas pentas kuning itu untuk menerima skrol empunya diri tapi dapat kesempatan untuk lihat dan raikan dengan mereka yang dirai sudah cukup bermakna. Mudahan semangat dalam diri untuk menyambung pelajaran sentiasa membara dalam diri. Mahu rasa perasaan itu lagi. Teringat kata seseorang yang mengatakan, 'disebalik penghargaan 2-3 saat diatas pentas tu, terkandung suka duka,pahit maung untuk mendapatkannya'. Sememangnya benar dan pengalaman itu yang membentuk diri. Dalam kesempatan minggu konvo ini, peluang untuk servey gerai favourite a.k.a gerai buku sememangnya tiada boleh dilepaskan. Almaklum, mana tahu boleh dapat harga runtuh..memang berbaloi-baloi. Dari satu gerai ke