Peluang menjalani sabatikal pentadbiran - Bahagian 2
Tanggal 18 Ogos 2023, aku menerima whatsapp dari seorang staf Jabatan Pendaftar UPM. Berbunga hati kerana bakal dapat maklum balas daripada pihak sana berhubung cadangan sabatikal. Dalam fikiranku, tertanya juga bagaimana perancangan untuk membuat sabatikal ini apabila memikirkan masa yang semakin suntuk untuk aku membuat persiapan untuk memulakan cuti belajar pada bulan disember nanti.
Alhamdulillah, staf berkenaan memperkenalkan diri dan memberitahu beliau ingin menyampaikan bahawa staf di jabatan pendaftar UPM yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pelantikan iaitu En Fakaruddin, Penolong Pendaftar Kanan, berkelapangan untuk tarikh yang dicadangkan untuk sabatikalku. Cuma pada 29 Ogos staf berkenaan mempunyai program audit yang memerlukan beliau berada dalam program tersebut.
Hasilnya, usai petang aku emel latar belakang Program AOP dan kertas cadangan tujuan serta perancangan sabatikalku kepada Puan Alifah dan En Fakaruddin untuk penelitian dan pertimbangan. Inshallah, ku nantikan maklum balas mereka.
Nantikan...
Comments
Post a Comment