Senaskah buku

Minggu ini masing-masing sibuk dengan Majlis Konvokesyen. Membantu mengurus dan meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pengajian di Universiti. Alhamdulillah, masuk tahun ini tiga kali diberi peluang untuk turut sama menjayakan Majlis yang penuh makna ini.

Walaupun bukan diri sendiri yang berjalan diatas pentas kuning itu untuk menerima skrol empunya diri tapi dapat kesempatan untuk lihat dan raikan dengan mereka yang dirai sudah cukup bermakna.
Mudahan semangat dalam diri untuk menyambung pelajaran sentiasa membara dalam diri. Mahu rasa perasaan itu lagi. Teringat kata seseorang yang mengatakan, 'disebalik penghargaan 2-3 saat diatas pentas tu, terkandung suka duka,pahit maung untuk mendapatkannya'. Sememangnya benar dan pengalaman itu yang membentuk diri.

Dalam kesempatan minggu konvo ini, peluang untuk servey gerai favourite a.k.a gerai buku sememangnya tiada boleh dilepaskan. Almaklum, mana tahu boleh dapat harga runtuh..memang berbaloi-baloi. Dari satu gerai ke satu gerai dijenguk tetapi tiada buku yang menarik hati dan tambahan juga bajet di kocek tidak sebegitu mengizinkan.

Alhamdulillah, dalam perjalanan pulang terserempak dengan satu gerai buku yang macam biasa ku lihat buku-buku yang jual. Oh, ini publisher yang ada di KL tu,ada beberapa buku yang telah ku beli dari penerbit ini semasa belajar di KL dahulu dan semenjak berada di utara ini jarang sekali jumpa. Dalam pada itu, ku lihat-lihat susunan buku yang dijual samada buku yang telah lama ku cari ada dalam stok. Alhamdulillah, ada dan akhirnya senaskah dibeli untuk bacaan.Semoga hasil informasi yang diperolehi dapat menambah pengetahuan dan dapat disampaikan kepada yang lain.

Tajuk buku ini 'Tanda-tanda kiamat kecil & besar' yang dialih bahasa dari naskah asal yang ditulis dalam bahasa inggeris,' End of The Day' oleh Dr. Muhammad al-Areefi. Isi kandungan ringkas dan mudah difahami disamping gambar-gambar yang menarik untuk menyokong fakta. Sangat disyorkan kepada rakan-rakan untuk bahan bacaan.


 

Comments

Popular posts from this blog

Bait Syair Indah

Pulut Panggang & Lepat Pisang

Perjalanan itu masih jauh...