Pulut Panggang & Lepat Pisang

Santai-santai hujung minggu dengan cuba resepi buat kuih. 

Operasi berlepat pisang dan pulut panggang dilakukan hari raya korban kedua, petang nanti masing-masing nak bertolak balik . Esok kerja.

Sebenarnya tak susah nak buat kuih-kuih ini, jika ada bahannya sekejap saja siap. Bila sudah siap nikmatnya menjamu selera petang-petang dengan kuih ini. Nyummmmmmmmmmmm...

LEPAT PISANG

Pokok pisang tepi rumah sudah masak benar, pagi itu pada mulanya nak buat pisang goreng. Teringin benar tapi, mak kata pisang tu tak sesuai untuk digoreng sebab nanti makan minyak. Betul juga jadi ku kisar saja pisang itu untuk dibuat jemput pisang. Heheee..sedap juga rasanya. Padaku, kalau rajin kenyang perut..Alhamdulillah

Ala-ala jemput yang ku buat..photo kredit to http://www.myresipi.com 

Baki pisang yang telah ku kisar ku simpan dalam peti sejuk. Banyak sangat, risau jika tidak habis dimakan akan dibuang saja. Membazir sudah.

Menu pisang tak habis dibuat jemput sahaja, petang itu mak cadang apa kata kita buat lepat pisang. senang saja. Aku tak kisah..bab-bab masak dan makan ku memang suka. Ok, untuk buat lepat ini bahan yang diperlukan tak banyak. Antara bahannya;

Resepi ikut selesa sendiri..yang penting rasa pisang mesti adakan~ 
  1. 5 cawan pisang berangan atau pisang emas yang telah di lenyek (ada org kata jgn guna blender tapi utk kes ini terguna sudah) 
  2. 1/2 cawan gula (kalau nak manis tambahkan gula tapi pisang ni memang dah manis) 
  3. kelapa parut dari 1/2 biji kelapa 
  4. 1 sudu kecil garam 
  5. 3 1/2 cawan tepung gandum 
  6. 1/2 cawan tepung gandum/jagung (kalau tak de tepung jagung tak perlu bubuh cuma tambahkan 1/2 cawan lagi tepung gandum) 
  7. daun pisang yang telah dilayukan secukupnya.
Bila bahan sudah ada kita teruskan dengan langkah membuatnya;
  1. Gaulkan semua bahan-bahan diatas kecuali daun pisang..oppss bukan-bukan..KECUALI kelapa parut di dalam bekas.
  2. Ambil dua sudu besar adunan tadi dan letak ke atas daun pisang. Kemudian letakkan sedikit kelapa parut ditengah-tengah adunan tadi dan digulungkan. 
  3. Selepas digulung, lipat daun pisang tersebut, susun di dalam kukus dan kukus sehingga masak (lebih kurang 20-25 minit)
  4. Biarkan sejuk baru sedap dimakan...tapi kadang-kadang tak sempat sejuk kot dah dimakan. I Like Pisang.

Kalau nak tahu ini la rupa LEPAT PISANG hasil petang tu...

Ada dua je yang tinggal..bekal yang mak  bagi buat makan sepanjang jalan~
PULUT PANGGANG

Pulut panggang ini last minute punya idea, tengok atas meja pulut yang mak buat untuk raya haji tahun ini masih ada. Tahun ini mak buat pulut putih..tapi selalu juga untuk raya-raya sebelum ini buat pulut kuning. Menu wajib raya. Makan pula dengan rendang ayam cili api..nikmat~

Ta daaaa...pulut panggang~
Back to our real story..pulut panggang, pulut sudah ada settle..cuma untuk intinya serahkan pada yang pakar..emak saya. Sekejap je inti dah siap, untuk inti pulut panggang secara amnya la apa yang diperlukan kelapa parut, cili, udang kering, garam untuk rasa.

Bab panggang memanggang serah pada kakak ku..tak susah pun, kita guna dapur elektronik. Tak ada asap dan tak penat. Siap berkipas angin lagi..nak masak tak susah kena rajin ja..heheheee

Cukup rasanya untuk santai-santai menu petang kita  ni, untuk detail resipi lengkap boleh rujuk ien.google and yang paling afdal tanya ibu, opah, mak cik,etc anda..mereka lebih dahulu makan garam..mesti boleh buat punya.

Sekian..jom jamu makan petang dgn lepat pisang. pulut panggang dan tea'o panas..nikmat, Alhamdulillah~


Info makanan~

Pisang
Pisang merupakan sumber kebaikan potassium, karena 100 gram pisang mengandung 400 gram potassium. Potassium adalah nutrisi yang membantu menurunkan tekanan darah, sumber tenaga, membantu pertumbuhan otot dan mencegah terjadinya kekejangan otot.

Pulut
Pulut merupakan sejenis bijirin yang ditanam sebagai makanan. Pulut menyerupai beras tetapi warnanya tidak berkilat dan ia mengandungi kandungan kanji yang lebih banyak, menjadikannya melekit apabila dimasak. Pulut boleh dibuat tapai pulut, pulut kuning, pulut lepa, pulut manis.

Comments

Popular posts from this blog

Bait Syair Indah

Senaskah buku

Perjalanan itu masih jauh...