Disconnect



Pencarian bermula...

Misi mencari barang yang sudah lama tidak ku jumpa..buka sahaja pintu rumah ku terus ke bilik mencari barang tersebut. Nekad ikut kata hati..Insya'Allah moga ketemu. Ku selonggar setiap sudut bilik dan tempat yang ku rasa ada barang itu. Ku cari dan terus cari..ikhtiar dahulu dan seterusnya tawakal pada-Nya. Ada rezeki ku ketemu semula.


Tak ku sangka dalam mencari-cari itu ku ketemu..singkat sahaja pencarian ku itu. Ku cuba tekan untuk pastikan samada masih berfungsi atau tidak. Ohhh..sudah tiada casnya.


Misi seterusnya..


Mencari penyambung nyawa..ku selongkar lagi sudut-sudut mengikut gerak hati ini. Mungkin ada. Cari dan terus cari. Alhamdulillah ketemu juga.


Pencarian telah berhasil namun setelah cuba berikhtiar barang tersebut masih tidak berfungsi seperti biasa. Mungkin bukan rezekiku. Namun alhamdulillah, ikhtiarku untuk mendapat kepastian keberadaan dan boleh guna barang tersebut terjawab.


So bermula la episod 'disconnect'...semoga beroleh gantinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tapi bila difikirkan semula akan hikmah perkara ini. kita kadang kala lupa untuk bersyukur dan menghargai sesuatu perkara@benda disekililing kita. Kadangkala perkara itu nampak mudah dan tidak begitu penting tapi bila ianya tiada kesannya amat mendesakkan. Tiada galang gantinya. Bila sudah kehilangan baru mengerti keperluannya~




Comments

Popular posts from this blog

Bait Syair Indah

Pulut Panggang & Lepat Pisang

Senaskah buku

Perjalanan itu masih jauh...