Perjalanan itu masih jauh...





Setiap perkara yang baru itu, ada proses yang perlu dilalui dan proses itu tidak semestinya manis dan tidak seharusnya pahit. Benarlah firman Allah SWT dalam surah Al-Insyirah yang menyatakan setiap kesukaran itu bersama-samanya kemudahan. Ku tegaskan semula, setiap kesukaran bersamanya/disertai kemudahan. Maksudnya kesusahan dan kemudahan itu seiringan. Itu janji Allah SWT. Kita selalu juga khilaf dalam memahami perkara ini yang mengganggap jika ditimpa/diduga dengan kesusahan, harapan untuk senang dan kembali selesa adalah sesuatu yang mustahil berlaku. Ayuh kita set semula tanggapan kita ini, percaya dengan janji Allah SWT;


إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا
(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Surah Al-Insyirah 94: Ayat 6) 

Seperti yang ku beritahu dalam post sebelum ini.Dalam kehidupan kita dimuka bumi ini setiap saat dan ketika memerlukan kita untuk membuat pilihan. PILIHAN. Kita punyai hak dan kebebasan untuk memilih, dari terbuka mata di pagi hari hinggalah sampai saat kita menutup mata di malam hari. Setiap yang terjadi atas pilihan yang kita buat.


Jika telah sampai waktu ajal kita dipanggil mengadap ilahi, pilihan itu bukan sesuatu pilihan. Rentetan perjalanan di alam yang kekal abadi itu ditentukan oleh pilihan yang kita buat semasa kita hidup. Hatta memilih tempat jasad kita disemadikan dan kain kapan yang membalut jasad kita itu pun bukan lagi satu pilihan pada kita bila jantung kita telah terhenti denyutannya dan roh ini telah terpisah dari jasadnya. Hanya akur pada pilihan mereka yang masih hidup. Oleh itu, selagi nafas dihela dan jantung berdenyut..jangan pernah pasrah dan akur dalam membuat pilihan sebelum mana pilihan itu tidak dapat lagi kita pilih.
Selalu yang terjadi, sesuatu yang baru dihadapi akan terasa susahnya, akan rasa betapa terbatasnya tindakan dan pemikiran kita. Akibat keterbatasan inilah menyebabkan kesukaran, kesulitan itu datang. Kita menjadi cemas dan lemas dalam situasi yang kita sedang hadapi itu.

Tapi seperti yang saya katakan pada awal tadi, kita punya pilihan. Jangan biarkan diri kita terkesan dengan perkara-perkara yang negatif ini. Sematkan dalam hati dan minda kita. Ianya satu CABARAN. Cabaran yang perlu kita tempoh seiring dengan perkembangan diri kita. Setiap masa kita akan berkembang/bertambah  dari segi pengalaman dan kepakaran dan oleh itu, cabaran itu adalah sesuatu yang normal dan di alu-alukan bagi peningkatan diri kita. Kita tidak boleh terlalu selesa dengan sesuatu yang terlalu rutin dan standard. Hidup ini ada turun naiknya dan kita perlu bertindak seiring dengan keperluan semasa.

**

Keperluan untuk melihat sesuatu perkara secara menyeluruh baru ku sedari. Lebih-lebih lagi bila mana telah berkerja ini. Kita tidak boleh menyelesaikan sesuatu perkara dengan hanya melihat pada jangka masa/lingkungan yang pendek/singkat/kecil/jumud. Kita perlu melihat sesuatu perkara itu dengan menyeluruh. Bila mana kita melihat sesuatu itu secara keseluruhan kita dapat menjangka dan memberi perhatian akan kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi jika sesuatu tindakan/proses tidak dilaksanakan dengan betul dan teratur mengikut kadar waktu yang ditetapkan. Bukan semua orang yang bersedia untuk melihat sesuatu perkara itu secara menyeluruh lebih-lebih lagi jika terdapatnya kepentingan mereka yang terentu yang memberi kelebihan dan kebaikan kepada mereka sendiri. Cantas mencatas, kata belakang dan etc adalah method yang biasa digunakan untuk orang-orang ini menengakkan benang basah mereka itu. Moga Allah swt pelihara diri ini dan orang disekeliling ku ini dari sikap ini.

***

Ketegasan dan self defence dari segi hujah dan sebab tindakan adalah salah satu perkara yang perlu ku perbaiki lagi untuk survive dalam dunia pekerjaan ini. Berhujah dan memberikan pandangan pada orang yang tidak sepatutnya tidak akan benar-benar menyelesaikan masalah tetapi itulah yang selalu dilakukan. Sampaikan kepada yang HAK dan ini semestinya memerlukan KEBERANIAN.

Takut untuk menyuarakan sebab tindakan yang dilakukan dan ketegasan dalam menyatakan perkara yang benar tidak akan menyelesaikan masalah.

YA

Kemahiran ini perlu dipertajamkan. Seorang mukmin itu benar dalam tindakan dan percakapannya.

Work Your Talk 

Kemahiran itu boleh diasah dan tiada istilah terlewat dalam usaha membangunkan diri. Sesungguhnya merugi bagi mereka yang tiap-tiap hari yang dilaluinya tiada peningkatan dan perkembangan. Pastikan hari ini lebih baik dari semalam dan masa akan datang memberikan seribu satu harapan. Insya'allah

Doa maju jaya dan dipermudahkan urusan,

“Ya Allah bantulah aku dengan memudahkan setiap yang susah kerana memudahkan yang susah itu senang sahaja bagiMu dan aku memohon kepadaMu kemudahan dan kemaafan, dunia dan akhirat” 
(Riwayat Thabrani daripada Abu Hurairah r.a.)

****

Kepada rakan seperjuanganku, jangan mudah mengalah dengan tekanan sekeliling. Jika keadaan sekeliling (orang, keadaan, fasiliti, etc.) tidak boleh diubah, kita mulakan dengan ubah diri kita terlebih dahulu, mudahan dengan asbab perubahan yang kita lakukan memberi peluang untuk perubahan pada aspek luar a.k.a keadaan sekeliling.



~Teruskan Perjuangan~






Comments

  1. assalamualaikum ..
    boleh hubungi saya melalui email pospenamaya@gmail.com untuk maklumat penerima etc..
    maaf tidak dapat balas panjang lagi komen anda di blog.sebab agak busy..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bait Syair Indah

Pulut Panggang & Lepat Pisang

Senaskah buku