Suku Abad
Tahun 2011 telah melabuhkan tirai, lembaran tahun berikutnya mula mencoret seribu satu cerita. Pada ku, semangat tahun baru, baru sahaja ku sambut. Lebih selesa dan rasanya itu yang afdal bagi yang mengaku menjadi pengikut Nabi Muhammad saw untuk meraikan kedatangan tahun hijrah melebihi sambutan tahun Masihi. Kedatangan tahun baru hijrah, diakhiri dengan doa akhir tahun dan disusuli pula dengan doa awal tahun. Moga-moga memperoleh keberkatan dan kejayaan bagi tahun tersebut. Ini amalan yang padaku amat penting. Bila kita berdoa,secara automatik kita telah set dalam fikiran kita akan kebergantungan kita pada Ilahi. Indah. Kita percaya setiap yang dilakukan untuk mendapat redha-Nya, berusaha sehabis baik- sebaik
yang mungkin..kerana kita tak tahu apa yang terbaik buat kita. Hanya merancang dan Dialah yang menentukan yang terbaik buat hamba-Nya.
Perasaan yang diperoleh melalui pengalaman bermacam-macam dan kadang-kadang tidak sangka akan pergi sampai ke tahap ini. Usia yang baru nak menginjak ke suku abad membuatkan pengamatan dan penelitian lebih terurus dan mendalam. Hari ini ada satu persoalan yang ku fikirkan; tahun pun sudah 2012..errmm 2020 hanya tinggal 8 tahun saja. sengaja tahun 2020 ku pilih..tiada sebab khusus tapi yang ku tahu tahun ini ada kaitan dengan Wawasan 2020..jadi apakah yang telah diperoleh dari segi falsafah;prinsip; sepanjang suku abad umur ku ini;
1. Tindakan lebih berkesan dari kata-kata
Perkara ini ku dapati sangat releven bagi ku. Ini berkait dengan pengalaman semasa kecil sehinggalah kini iaitu 'action more powerfull than talk'. Contoh mudah, bila sudah besar panjang ini baru ku perasan, dahulu setiap hujung minggu dan setiap cuti sekolah balik ke rumah opah adalah perkara rutin. Kadangkala tak bercuti kemana hanya duduk rumah opah dan main-main dengan saudara mara. Bila besar hasilnya kita boleh rasai sendiri, untuk balik ke kampung tidaklah segan sangat dan dalam tidak sedar perkara ini ku praktiskan mulai aku belajar di universiti.Sebulan sekali kalau tak balik rumah tak lengkap, tujuannya untuk jenguk mak ayah dan adik beradik. Mungkin ini hasilnya, apa yang dilakukan oleh ayah pada opah dahulu, anak-anak pula
ikuti.
2. You are what you read
Benda ini benar. Anda apa yang anda baca. Bahan bacaan merupakan makanan pada otak. Dengan input yang betul, potensi diri dan perkembangan pemikiran dapat dibentuk. Ada sesetengah orang suka buku inspirasi, motivasi ataupun keagamaan. Setiap orang ada genre yang diminati. Its ok and go with the flow and you will gain something from it. Bahan bacaan perlu dipilih sebab itu seperti pelaburan kita kepada minda kita. Berikan yang terbaik dan kamu akan dapat yang terbaik. Ada satu pelajaran berkaitan dengan bahan bacaan ini. Teguran ibuku yang masih ku ingat lagi. Ada sekali itu mak dapat tahu ada satu majalah hiburan yang memang glamor pada zaman sekolah. Kalau nak dikatakan, setiap remaja pasti beli buku ini. Namun tidak bagi ibuku, nampak sahaja majalah tu ku disuruhnya membakar majalah tersebut, katanya majalah sebegini ini tidak baik dibaca lebih baik dibuang atau dibakar. Jadi memang terkesan dengan tindakan ini tetapi implikasinya sangat positif. Jika sejak kecil telah diajar mana yang baik dan yang buruk dalam memilih bacaan, insya'allah bila besar akan lebih bijak untuk memilih bahan bacaan yang berkualiti dan bermanfaat.
3. Bila buat sesuatu kerja mesti ikhlas dan buat sebaik yang boleh.
Bila melakukan sesuatu pekerjaan, kekemasan, keikhlasan dan ketelitian merupakan sesuatu yang penting. Mesti set dalam minda yang setiap pekerjaan ini dilakukan kerana Allah dan jika ganjarannya tidak setimpal dengan usaha yang diberikan. Serahkan pada Allah swt untuk membalasnya. Dia lebih mengetahui. Perkara ini kadang-kadang selalu terjadi, kita memberikan yang terbaik tetapi tidak dihargai ataupun tidak diambil berat pada sesetengah orang. Namun, perlu letak kepercayaan dalam diri untuk berikan yang terbaik dalam segala perkara yang kita lakukan. Kepuasan itu akan datang dengan sendiri dan membentuk kualiti diri.
4. Do not assume, ask questions
Kadangkala, kita suka membuat andaian akan sesuatu perkara yang baru disekeliling kita. Terutamanya pandangan kita pada seseorang. Kita meletakkan sesuatu andaian yang tidak tentu akan kebenaran. Mungkin ini selalu dilakukan untuk satu jalan singkat untuk kita mengenali seseorang itu. Jangan segan untuk bertanya walaupun memang budaya di timur ini, sikap suka bertanya bukanlah satu kebiasaan. Kebiasaannya, bila sesuatu kekeliruan atau andaian itu disertai dengan pertanyaan pada yang empunya jawapan perkara menjadi lebih mudah. Seperti tagline rancangan televisyen,Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri~
5. Sentiasa bergantung pada Allah swt
Setiap yang dilakukan di muka bumi ini terjadi dengan izin Allah SWT, jadi jika berhadapan kesulitan, patah semangat, kesunyian, kerinduan, kesedihan, kegembiraan, kesyukuran sampaikan rasa itu pada-Nya,pentadbir alam ini. Jangan ditinggal amalan wajib dan rajin-rajin amalkan yang sunat. Mudahan yang sunat itu dapat menampung amalan wajib kita. Kebergantungan pada Allah SWT ini dapat dipertingkatkan dengan mendalami ilmu agama. Pada zaman ini, macam-macam bentuk/saluran untuk kita belajar pasal agama, di televisyen, internet, radio,buku, etc. Pilihan ditangan kita/anda.
6. Sentiasa cari ilmu
Mencari ilmu ini salah satu jalan jihad. Ganjaran pahala bagi yang melakukannya. Sebenarnya kagum dengan cerdik pandai yang diberi kelebihan dan kemampuan dalam kefahaman dalam sesuatu bidang. Ilmu yang dimiliki digunakan untuk manfaat orang tertentu yamg menghargai ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan ini pelbagai dan diperlukan mengikut keperluan tertentu.
7. Be superman
Superman-maksudnya bersedia untuk melakukan sesuatu yang hebat. Cabar potensi diri. Kita tak tahu had kemampuan diri kita selagi tidak diuji. Bila dibawah tekanan, diri kita akan melakukan sesuatu yang dirasakan diluar kemampuan kita tapi dapat kita lakukan. Oleh itu, berani untuk menerima cabaran dan melakukan sesuatu yang baru. Selalunya, kita meragui kemampuan diri dan mudah mengatakan-tidak- akan sesuatu perkara yang diusulkan. Cuba berkata-Ya- dan lakukan sehabis baik. Akan ada perkara baru yang dipelajari dan sekurang-kurangnya kita tidak terlalu selesa dengan kebiasaan yang sering kita lakukan.
8. Hadiah untuk diri
Bila sesuatu kejayaan dicapai oleh diri kita. Jangan teragak-agak untuk beri hadiah pada diri kita sebagai satu bentuk penghargaan. Dengan penghargaan ini, kita akan rasa dihargai dan paling mudah, rasa gembira. Beli atau dapatkan sesuatu yang disukai e.g buku yang diidamkan, makanan kegemaran ataupun percutian ditempat yang menarik.
Ok, selesai sudah lapan (8) prinsip, falsafah yang dapat difikirkan setakat ini. semoga mendapat manfaatnya~


Comments
Post a Comment