Bersediakan Kita
Terkesan dengan ceramah yang diberikan oleh Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Sangat-sangat menyentuh hati dan iman. Bingkisan untuk dikongsi bersama.
Adakah kita telah bersedia untuk menguruskan jenazah ayah dan ibu kita jika telah tiba waktunya. Cukupkan ilmu di dada untuk kita praktiskan. Menurut ustaz, kesediaan dan kekuatan anak-anak untuk menguruskan ayah dan ibu semasa akhir hidup mereka menunjukkan kejayaan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak mereka.Belum tentu lagi semua anak bersedia untuk memikul tanggungjawab itu lantaran kekangan utama dari segi pengetahuan agama samada dari ilmu fardhu ain ataupun fardhu kifayah.
Antara lain, perkongsian juga memberi kesedaran pada diriku berkenaan berapa kerapkah kita selaku ibu-bapa (bagi yg sudah bergelar ibu/bapa ataupun yang akan pada satu hari menjadi ibu-bapa) membincangkan perkara-perkara berkaitan agama dengan anak-anak. Kadang-kadang ibu-bapa lebih bersedia untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan pendidikan selain pendidikan agama dan pendidikan yang bersangkut paut dengan agama disisihkan lantaran ibu-bapa sendiri agak kurang kefahamannya dalam bidang agama.
Pada pendapat saya, amalan ini harus diperbetulkan, ibu-bapa perlu membiasakan anak-anak dengan pengetahuan agama. Mewujudkan satu suasana keluarga yang mudah membincangkan perkara yang bersangkut paut dengan agama. Keterbatasan dalam pemahaman dalam sesuatu perkara dalam agama tidak sepatutnya dijadikan halangan dan sekatan dalam memberikan jawapan kepada anak-anak dalam perkara agama. Rujukan pada ustaz, ahli agama dan buku agama patut dilakukan sentiasa. Insya'allah kesediaan dalam membiasakan perbincangan berkenaan perkara agama dalam keluarga akan lebih selalu dilakukan.Pesanan buat diri saya juga semoga sentiasa diberi kekuatan dalam memperbaiki diri dalam selok belok agama dan membimbing keluarga ke jalan yang diredhai-Nya.

Comments
Post a Comment