KEPALA ANGIN

Tidak bersetuju dengan seseorang yang merasakan dirinya perlu dilayan berbeza hanya disebabkan posisinya dalam sesebuah organisasi. Tapi dalam pada masa sama menghormati dan meneladani seseorang yang memberi kerjasama dan respon mereka mengikut kemampuan dan kepakaran mereka. I salute you sir and keep it up. Moga saya pun tergolong di kalangan individu yang cemerlang dan ikhlas memberi bantuan dan khidmat.

Alasan yang biasa didengari adalah individu sebegini memberikan reaksi ini kerana dikatakan punyai 'angin' yang tidak menentu. Bagiku, individu sebegini adalah lemah dalam pengurusan diri mereka. Gagal untuk menguasai diri dalam memberikan respon terhadap orang di sekeliling mereka. Dek kegagalan individu sebegini mengawal emosi dan tindakan, orang sekeliling yang perlu untuk menyesuaikan diri dan menerima reaksi negatifnya. Orang sekeliling pula terpaksa menerima dan menyesuaikan diri kerana tidak mahu ia jadi isu dan mungkin juga sebab posisinya itu. Sangat-sangat tidak dapat diterima.

‘Kekuatan itu bukanlah ketika menang dalam pertarungan, sesungguhnya kekuatan yang sebenar dapat menahan dari kemarahan.’ (Al-Bukhari)

Sepatutnya, individu sebegini patut sedar akan  kelemahan diri mereka ini dan orang sekeliling perlu memberi tahu kelemahan mereka ini kepada empunya diri. Tapi siapa yang bersedia untuk dikritik lebih-lebih lagi tentang tindak tanduk mereka. Thats why not many people are brave enough to tell the truth. What a sad.

Mungkin, kita boleh sampaikan mesej kita dengan mulakan ayat ini;

'Sorry to say...(i think...-tell he/she things that you not agree/dislike/unhappy)..'

Jadi rasanya apa tindakan kita bagi yang tergolong dalam kumpulan 'orang sekeliling' apabila berhadapan dengan individu yang 'kepala angin' ini (maaf jika analogy ini terlalu kasar). Padaku, tindakan utama kita adalah - Don't panic- tarik nafas dan fikir perkara ini dengan positif. Jangan berasa terganggu dengan respon yang diterima lalu mengikut gelombang negatif individu ini. Memang tidak dinafikan jika berhadapan dengan perkara ini kita akan cepat untuk melindungi diri dengan mengikut rentak individu ini samada dengan sama-sama naik untuk ber'kepala angin' dengan menghamburkan perkara-perkara yang kita sendiri tidak percaya dikeluarkan oleh mulut kita sendiri (mulut ini yang akhir hidup ini akan dihisab setiap butir kata yang dikeluarkan) dan seterusnya berasa sangat kesal dan malu sendiri. 

Bila berhadapan dengan perkara sebegini kita mempunyai PILIHAN. Pilihan untuk tidak sama-sama ber'kepala angin' dengan menimbang sebab yang menyebabkan aura negatif ini terjadi. Mungkin silapnya ada pada kita dan mungkin individu yang berurusan itu. Dengan pilihan yang kita buat ini, sebenarnya menunjukkan siapa kita. Nilai yang kita pegang dan karakter kita. Mengalah tidak semestinya kalah dan menang tidak semestinya menang. 

Kadangkala kita perlu KALAH untuk MENANG.

Ada Ayat Al-Quran & hadis yang menyebut;

‘Dan orang-orang yang sabar menahan diri dari marah serta orang yang memberi kemaafan terhadap orang lain. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka membuat kebaikan’. 
(Surah Ali Imran: 134)


‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh menghilangkannya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu’. (Riwayat At-Tarmizi)

"Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga?" Jawab Rasulullah, "Jangan kamu marah, balasan bagimu adalah syurga".
 (Riwayat Al-Thibrani Melalui Sanad Sahih)

Comments

Popular posts from this blog

Bait Syair Indah

Pulut Panggang & Lepat Pisang

Senaskah buku

Perjalanan itu masih jauh...