Peluang menjalani sabatikal pentadbiran - Bahagian 1
Cubaan untuk pengalaman bekerja yang lain dari yang lain. Tidak disanggka tak semudah yang dirasakan.
Sesi perjumpaan dengan Pengarah PTi, En Roslan Ismail dan Puan Izzati pada 6 Ogos 2023.
Bermula dengan pembentangan dengan Jawatankuasa untuk pertimbangan kelulusan mengikuti Administrative Outreach Program yang Panel terdiri dari Pengarah PTi, Pendaftar USM dan Dekan IPS.
Temuduga berdurasi 15 minit yang tidak mudah dan cadangan tajuk yang dibentangkan diberi maklum balas untuk memastikan hasil inovasi yang akan diperolehi boleh dicapai dalam tempoh yang dibekalkan.
Tak lama untuk mengetahui keputusan AOP ini, keesokkan harinya diperolehi surat tawaran dan diminta untuk mengisi borang jawapan setuju terima. Dalam keasyikan menerima berita, persetujuan dikemukakan dan tidak terbayang lagi persiapan yang bakal dilakukan kelak.
Dijadualkan pertemuan dengan Pengarah PTi dan hasilnya untuk merealisasikan matlamat AOP ini tidaklah mudah. Dalam pembentangan ini sekali lagi tajuk cadangan sabatikal saya ditolak oleh Pengarah PTi.
Membawa tajuk untuk melihat proses akreditasi di universiti rujukan dirasakan tidak cukup menyakinkan. Pengarah meminta untuk dilihat kembali tajuk sabatikal dan mengemukakan tajuk baharu dalam tempoh 7 hari.
Sungguh ia bukan sesuatu yang mudah. Perah kepala memikirkan tajuk yang sesuai untuk dikupas dan digunakan sebagai topik yang berupaya menghasilkan inovasi yang berimpak. Sejurus sesi pembentangan dengan Pengarah PTi ini, dirasakan ingin sahaja berhenti dan tidak meneruskan hasrat untuk menjalankan sabatikal pentadbiran ini.
Untuk sabatikal pentadbiran ini, dari pembentangan yang diberikan oleh peserta lain, apa yang boleh disimpulkan adalah topik yang hendak dilakukan hendaklah sesuatu ilmu/pengetahuan yang boleh memberi nilai kepada topik/perkara yang dijadikan kajian. Jika jelas impak dan penambahbaikan yang hendak dilakukan dan sesuai pula institusi rujukan yang dicadangkan projek sabatikal akan menjadi mudah dan terlaksana.
Bagi aku memperkemaskan tajuk sabatikalku ini, aku aturkan perjumpaan dengan Puan Azreen Zainul yang merupakan pegawai di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar USM. Beliau menguruskan bahagian pengambilan staf akademik dan ini akan membantuku dalam memperhalusi skop tajuk kajian ku.
Perbincangan kami amat mengujakan..terdapat idea yang membantuku untuk memperkemaskan tajuk sabatikalku..ada cahaya di hujung jalan..bisik hatiku
Perbincangan kami hingga ke lewat petang dan usai aku ingin mengundur diri, Puan Azreen memberitahu bahawa beliau bersedia untuk membantu lanjut jika ada apa berkaitan dengan tajuk ini.
08.08.23 sesi perbincangan dengan institusi rujukan diadakan dan aku membentangkan tajuk kajian sabatikal pemtadbiran kepada wakil institusi rujukan. Pandangan awal diterima adalah ketidaksesuaian topik yang aku cadangan dan juga tarikh sabatikal. Bukan mudah rupanya untuk dilaksanakan sabatikal ini. Pasti ada hikmah disebaliknya. Semoga dengan rahmahNya didatangkanNya kepadaku insan-insan yang dapat memberi bantuan dan ilham dalam aku menyempurnakan sabatikal pentadbiran ini. Hanya mengharapkan yang terbaik dan semoga Allah swt merahmati.
Tangkap layar sesi perbincanganku dengan Puan Lailawati pada 8 Ogos..agak kekok menggunakan aplikasi zoom kerana sudah biasa dengan aplikasi webex. Ditambah pula lain dari kebiasaan, selalunya aku yang menjadi 'host' dan mengawal paparan namun kali ini sebagai 'guest' dan sebagai individu yang ditemu bual...memang luar dari kebiasaaan...senyum aku sendiri...asyik membuat pembentangan dan menjawap persoalan hingga terlupa tangkap layar sesi perbincangan ini untuk rekod simpanan sendiri..gambar ini pun atas perkongsian Puan Lailawati..syukur alhamdulillah





Comments
Post a Comment