Onboarding Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Pegawai PPPT dan SBA (Staf Bukan Akademik), Kementerian Pengajian Tinggi

Alhamdulillah, aku beroleh peluang dan kesempatan untuk berada di Dewan Zaaba, Kementerian Pengajian Tinggi untuk sesi persediaan penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi tahun 2023 ini.

Anggaran sekitar 150 orang penerima HLP yang hadir dalam sesi kali ini.Keistimewaan pada kali ini yang mana kursus diadakan secara bersemuka setelah hampir 4 tahun dijalankan secara maya. Tidak dinafikan kehadiran secara fizikal mempunyai aura yang tersendiri. Berkobar dan bersemangat hati tiap selesai penceramah menyampaikan perkongsian mereka kepada kami.

Kursus dua hari ini berlangsung mulai 24 Ogos hingga 25 Ogos dan menghimpunkan penerima biasiswa HLP Pegawai Perkhidmatan di Politeknik/Kolej Komuniti dan juga penerima biasiswa HLP Staf Bukan Akademik (Universiti).

Rata-rata yang hadir bersemangat dalam menyambung pengajian dengan tidak putus pertanyaan diberikan kepada pegawai di unit biasiswa. Lagipula ini satu-satunya sesi bersemuka yang disediakan untuk calon mendapatkan penjelasan sebarang pertanyaan berkaitan dokumen biasiswa dan juga urusan berkaitan dengan biasiswa bagi keperluan pengajian kelak.

Tidak ketinggalan perkenalan antara calon yang hadir juga mencetuskan kumpulan whatsapp terbaharu. Aku juga tidak terkecuali apabila sama-sama menambah kenalan dalam kumpulan berkenaan. Kumpulan HLP UUM, sebegitulah nama kumpulan yang dibentuk dikalangan kami penerima HLP yang bakal menyambung pengajian di UUM. Terasa semangat ukhwah.

Hari pertama kursus onboarding ini memperkenalkan dan menekankan akan kepentingan untuk kami yang bakal menyambung pelajar mempunyai matlamat, sikap dan perancangan yang betul. Perkara inilah yang akan memandu penerima biasiswa untuk menyempurnakan pengajian masing-masing.

Setiap kami kena jelas bahawa perjalanan dalam menyempurnakan pengajian ijazah lanjutan samada di peringkat sarjana mahupun PhD bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Niat yang betul amat penting dalam memastikan kami mengemudi perjalanan pengajian ini sehingga selesai. Perjalanan ini buat satu pertandingan untuk membuktikan siapa yang paling hebat atau siapa yang paling cepat. Ianya berkenaan pengurusan dan pengawalan diri dalam merancang dan membuat tindakan bagi mencapai matlamat. 

Teringat seperti yang Dr Munshi iaitu penceramah sesi kedua kami ada mengatakan iaitu diakhir setiap pengajian sesorang pelajar ijazah lanjutan itu tiada pemakluman ataupun identifikasi menyatakan tahap kesukaran pengajian seseorang pelajar itu. Kesemuanya akan mendapat pengiktiran yang sama di peringkat pengajian masing-masing samada di atas pentas mahupun diatas skrol dan transkrip. 

Maka, kita perlu jelas bahawa pengajian ini adalah sesuatu yang kita diberi pilihan dalam merencananya. Ianya terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk mengadunnya supaya  kita dapat mencapai matlamat utama iaitu menyempurnakan pengajian ini dalam tempoh minimum yang disyaratkan. Sasaran untuk mencapai Graduate on Time (GoT).

GoT merupakan sasaran yang perlu menjadi keutamaan setiap penerima hadiah HLP. GoT ini menterjemahkan kejayaan Unit Biasiswa yang menguruskan penawaran HLP ini dalam bentuk kuantiti dan kualiti.



Comments

Popular posts from this blog

Bait Syair Indah

Pulut Panggang & Lepat Pisang

Senaskah buku

Perjalanan itu masih jauh...