Meniti semula citra penulisan
Bila menginjak ke alam universiti, keterujaan ini berkurangan dek kesibukan dalam mengejar aktiviti dan program kesukarelawan. Tidak lagi menyusahkan diri dalam mengolah kata yang akhirnya menyebabkan tenggelammnya kosa kata kerana tidak diperkasa. Tidak dinafikan di universiti aku diulit dengan lambakan informasi dan pengetahuan sehingga lupa untuk menulis bagi menterjemahkan pemahaman. Sungguh aku lupa..sungguh aku alpa..alpa dalam penulisan.
Dalam alam pekerjaan ini aku selalu diingatkan oleh ketua dalam organisasiku agar aku menulis dan merekodkan pengalaman dan dapatan yang aku lalui. Menulis dan kongsikan pada mereka yang belum mengetahui. Namun benar aku alpa..aku terus membaca namun terlupa untuk menulis dalam menyampaikan citra rasa dan pengetahuan yang dilalui.
Menulis sebagai satu wadah untuk menyampaikan pengetahuan melalui kefahaman dari pembacaan dan pengalaman yang dilalui. Semua kita berbeza dan melalui pelbagai mehnah dunia.Walaupun berbeza itu bukan bermakna apa yang dilalui seseorang itu tidak bernilai dan memberi erti. Hanya jauhari mengenal manikam.
Sampaikanlah sesuatu yang baik..mudahan menjadi tauladan pada yang menerimanya dan kebaikan buat yang memberi di hari kemudian.
Tiada waktu yang terbaik untuk memulakan sesuatu..hanya perlukan tindakan pertama untuk memulakan sesuatu yang baharu itu.
Segalanya dengan izinNya.
12 Muharram 1445H
Nibong Tebal, Pulau Pinang

Comments
Post a Comment