Monolog 1

Kadang-kadang kita terlalu menginginkan sesuatu dan cuba untuk meyakinkan diri ia terbaik buat kita. Tetapi semakin kita cuba untuk menyakinkan diri, perkara itu menjadi semakin menyesakkan dan tidak rasa berpijak di bumi nyata.Perasaan ini perlu diselesaikan, jangan dibiarkan menjadi onar yang membikin hati tidak tenteram.

Minta pada-Nya, Dia yang Maha Mendengar (As Sami'), Maha Mengetahui (Ya Aliim);
Adu segala perkara yang mengusutkan fikiran dan serahkan kepada-Nya dan lapang dada untuk menerima ketentuaan-Nya. Sentiasa sematkan dihati dan minda, setiap yang terjadi ada hikmahnya dan sedia mencari hikmah disebaliknya. Hatimu akan tenang.

***

Menarik nafas sedalam-dalamnya dan cuba untuk berfikir serasional yang mungkin. Ada jalan penyelesaiannya. Bukan ini yang dimahukan..sepatutnya begini..sepatutnya begitu...ahhhhh semuanya dirasakan tidak kena. Adakah aku yang perlu berubah atau 'mereka' yang perlu diubah?

Masih terngiang-ngiang ditelinga, kata-kata inspirasi dari inspirator yang sangat ku sukai, Prof Muhaya Mohamad; 'Untuk mengatasi sesuatu masalah@cabaran bukanlah dengan membesarkan masalah tersebut untuk diselesaikan tapi membuka minda dan hati dalam menerima masalah tersebut dan seterusnya berusaha menyelesaikannya dengan lapang dada'.

Berulang kali kata-kata tersebut berlegar-legar difikiran ini, mencuba untuk memahami dan mencerna dengan hati-hati. Seringkali mendengar tapi tidak benar-benar dihayati. Mengambil mudah kerana tiada sangkut paut dengan rutin sehari-hari dan bila tepat waktu dan ketikanya, agak sukar dilupa. Bagai tangan yang dicurah perahan limau, pabila luka baru terasa pedihnya.

***

Bersyukur itu kena diingat selalu sedari bangun pada pagi hari sehinggalah saat untuk menutup mata pada malam harinya. Tapi manusia itu selalu lupa, terlupa dalam setiap nikmat yang diperoleh dan sentiasa menginginkan sesuatu yang belum ada(dimiliki). Sesungguhkan jika ingin menghitung nikmat yang diberi-Nya, nescaya kamu tidak berdaya untuk menghitung setiap satu tanpa sebarang kecuaian.

Ucaplah;


Alhamdulillah - Segala Puji Bagi Allah S.W.T

Hatta saat kamu melangkah anak tangga menuju ke tempat kerja, bersyukur kerana punya kerja;
Hatta kamu menyelusuri permatang yang merimbun dengan pohon kehijauan, bersyukur kerana punya mata dan deria untuk menikmati keindahan alam ciptaan-Nya;
Hatta kamu terjaga ditengah malam kerana diberi peluang untuk menghirup udara di dunia ini, bersyukur kerana ALLAH SWT masih beri kesempatan untuk mengumpul kebaikan untuk bekal akhirat...UCAPLAH...

Alhamdulillah - Segala Puji Bagi Allah S.W.T

***


Comments

Popular posts from this blog

Bait Syair Indah

Pulut Panggang & Lepat Pisang

Senaskah buku

Perjalanan itu masih jauh...