Booster

Berkesempatan untuk menghadiri satu seminar potensi diri. Memang tidak dinafikan, diri ini amat perlu penaik semangat a.k.a booster untuk mengharungi cabaran hidup ini. Peluang yang diberikan tidak disia-sia. Ditemani dua rakan yang sama-sama semangat.

Wahh..memang ramai yang hadir. Harap-harap seminarnya sehebat bilangan yang hadir. Sesungguhnya, majlis ilmu itu antara taman-taman syurga a.k.a raudhah dan dipayungi malaikat.

Raudhah itu Di Antara Taman-Taman Syurga,
Menghadiri Majlis-Majlis Ilmu itu di Antara Taman-Taman Syurga,
Menghadiri Majlis-Majlis Ilmu itu Lebih Baik Dari 1000 rakaat solat sunat.

Antara intipati seminar yang ku perolehi;

1. Kesyukuran
*Bersyukur dengan nikmat yang dimiliki dan memaksimakan nikmat yang dimiliki.
*Bersedia untuk belajar dan mengajar
*Tiada jalan singkat untuk berjaya
*Berjaya dengan ilmu
*Kuasai cara anda bertindak
*Jangan bina tembok yang menhalang potensi anda.
*Mencari mentor yang boleh membimbing anda dalam sebarang bidang yang anda ceburi.

Mentor ini sebagai pembimbing untk anda berjaya dan menunjukkan cara untuk berjaya dengan lebih cepat. Berjaya dengan lebih cepat kerana anda dapat menjimatkan masa dengan tidak melakukan kesilapan yang pernah mentor anda lakukan dahulu untuk berjaya. Tanpa mentor anda boleh berjaya tetapi perlu harungi 'try and error' untuk anda berjaya yang semestinya memakan masa dan tenaga. Ermm..logik kan itu sebabnya Rasulullah galakkan setiap yang kita lakukan berguru;


Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Kelebihan orang yang berilmu berbanding abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."
(Sunan Abu Daud dan at-Tirmizi)

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: 
"Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya."

2. Niat/Keinginan
* Tuliskan keinginan/kemahuan anda
* Spesifikkan kemahuan anda- kaya minda
* Apa yang hendak diubah dan diperbaiki. Nyatakan dengan jelas dan terperinci.
* Buat sesuatu itu dengan sehabis baik.

3. Khusyuk
* Minda adalah magnet. Buat sesuatu perkara sehingga menjadi. Jangan mengalah~
* Minda ada frekuensi yang tersendiri. Set dalam minda dan berusaha, berdoa dan tawakal semoga apa yang dihajati tercapai.
* Sentiasa set sesuatu yang positif dalam setiap tindakan dan fikiran kita.
* Jangan minta sesuatu yang kita tidak hendak a.k.a bad things (as i said before its like a magnet~ anda adalah apa yang anda fikirkan)
* Mencari sokongan- keluarga, rakan-rakan, etc.


4. Memberi
* Semakin banyak yang kita beri, semakin banyak yang kita akan terima.
* Senyuman
* Sedia untuk memberi komitmen terlebih dahulu dalam setiap perkara yang kita sepakati.

5. Tindakan  * Setiap yang kita cakap dan percaya perlu dizahirkan dalam tindakan.
*Informasi diterima dan  digunakan sepenuhnya.
* Tindakan yang pantas menghasilkan keputusan yang cepat.
* Fokus dalam tindakan.

Begitulah serba sedikit infomasi yang diterima. Walau apapun untuk dapatkan serlahkan potensi diri bergantung pada tindakan kita untuk mengubahnya kepada sesuatu yang positif.

Lautan yang biru
 




Comments

Popular posts from this blog

Bait Syair Indah

Pulut Panggang & Lepat Pisang

Senaskah buku

Perjalanan itu masih jauh...