Perjalanan itu masih jauh...
Setiap perkara yang baru itu, ada proses yang perlu dilalui dan proses itu tidak semestinya manis dan tidak seharusnya pahit. Benarlah firman Allah SWT dalam surah Al-Insyirah yang menyatakan setiap kesukaran itu bersama-samanya kemudahan. Ku tegaskan semula, setiap kesukaran bersamanya/disertai kemudahan. Maksudnya kesusahan dan kemudahan itu seiringan. Itu janji Allah SWT. Kita selalu juga khilaf dalam memahami perkara ini yang mengganggap jika ditimpa/diduga dengan kesusahan, harapan untuk senang dan kembali selesa adalah sesuatu yang mustahil berlaku. Ayuh kita set semula tanggapan kita ini, percaya dengan janji Allah SWT; إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Surah Al-Insyirah 94: Ayat 6) Seperti yang ku beritahu dalam post sebelum ini.Dalam kehidupan kita dimuka bumi ini setiap saat dan ketika memerlukan kita untuk membuat pilihan. PILIHAN. Kita punyai hak dan kebebasan untuk mem...