Penangan surat elektronik itu
Tersentak dengan email yang baru ku terima kira-kira jam 2.30 petang..apa yang dimaksudkannya..perlukah diemail pada mereka yang tidak berkenaan tentang perkara ini..Ini soal maruah..kesabaran ku tergugat juga ini..sempat ku layangkan email kepada senior tentang perkara ini. Antara ayat yang ku tulis..."Apa yang hendak dia buktikan dengan menghantar email ini pada mereka ini?" getusku dalam email tersebut.
Perlu cari sebabnya...
Sebenarnya untuk untuk bersemuka dengan pemberi email ini bukan sesuatu yang ku sukai. Arrgggghhh..betul apa yang orang kata..untuk bersemuka dengan masalah bukan sesuatu yang mudah..orang lebih rela membiarkannya ataupun menyalurkan pada saluran yang sewaktu dengannya daripada berdepan dengan masalah itu sendiri. Tapi mahu tak mahu..ku perlu hadapi dan selesaikan perkara ini..aku tahu tanggungjawab yang di amanah kan ini akan dipersoal bukan hanya di muka bumi ini tetapi di akhirat nanti. Apabila setiap amalan dan tindakan kita akan dihisab oleh-Nya. Lagikan pula diamanahkan menyelia beberapa staf yang belum pernah terlintas di fikiran akan dilakukan.
Iya..Mahu tak mahu perlu buat juga...Ayuh kuatkan semangat!!!!
Ganggang telefon diangkat dan ku mintanya datang berjumpa ku..untuk membincangkan email tersebut.
Pertanyaan ku dimulai dengan perkara-perkara asas berkaitan akademik terutama perihal masalah nama pensyarah yang tiada dalam senarai subjek.
Setelah diterangkan, rupanya pautan yang ku guna sebelum ini tidak aktif dan bahagian untuk ku lihat kursus bagi pelajar setiap pusat pengajian adalah dibahagian lain..tidak mengapa...Its part of learning proses. Thanks for sharing and telling me about it.
Saatnya...
Versi X
Sekarang tiba masa untuk ku bertanya perihal email itu..implikasi dan sebab email itu dihantar sedemikian rupa.
Ohhoo..rupanya ada cerita disebalik email tersebut. Ketidak puashatian yang telah dipendam dan dilepaskan dengan cara ini. yang pasti aku belajar cara untuk berkomunikasi dan berusaha menyelitkan serba sedikit 'the do's and the dont's'..ku cuba sedaya upaya dan ku tahu masih belum begitu 'master' dalam skill ini..perlu kerja keras lagi ini..SAYA TAHU SAYA BOLEH!!!
Versi Y
Ku ngerti setiap orang ada stail masing-masing. Untuk tentukan praktis yang orang itu telah selalu lakukan adalah betul atau salah..masih sukar rasanya..tapi yang pasti aku ada prinsip aku sendiri juga..tidak perlu ikut orang lain..be yourself..prinsip yang ku pegang bukan mengikut fiil ku sendiri..ini daripada amatan dan ilmu yang diperolehi selama ini. Masih belum cukup dan ku pasti tak akan pernah cukup. Rujukan wajib- Al- Quran & Sunnah Nabi Muhammad serta Hadis Sahih
Aku hanya menyampaikan perkara tersebut pada yang sepatutnya. Menerangkan dengan penuh hikmah dan elak sebarang provokasi. Niatku hanya untuk menyampaikan mudah- mudahan ada hasil positif.
Yang pasti kudengar pespektifnya dan analisis sebaiknya.
Teringat kata-katanya..
'kita tak boleh rapat sebab nanti susah nak kawal dan selia mereka..tapi jika mahu rapat perlu benar-benar bertindak sewajarnya pada masa yang sepatutnya dan pastikan mereka mengikuti arahan kita..anda mampu??? jika tak mampu..just be firm..always and always be...'
errr...can i?
Wowww..nice catch..tapi betul ker pandangan ini..kita tunggu dan lihat~
Part 2
Sebenarnya ku tak sangka akan ada bahagian kedua al-kisah penangan surat elektronik ini..tapi serius perkara ini bukan main-main. Hari ini saja..topik perbualan ku berkisar 99% pasal rentetan email ini. Seperti jangkaan ku..perkara ini bukan semudah yang disangka..makin rumit jadinya..masing-masing ada pendirian dan pandangan tersendiri. Aku pula hanya mendengar dan hubung kait dari satu perkara ke satu perkara. Memang ada kaitannya...
Sempat juga ku ambil masa untuk belek helaian buku keluaran must read sdn bhd, Di Sebalik Diri oleh Mohd Syukri Hanafi. Antara perkara yang dibincangkan ada berkenaan;
" BERANI MENEGAKKAN KEBENARAN"
" Rasa takut atau segan terhadap manusia janganlah sampai menghalangi kamu dari menyatakan apa yang sebenarnya"
Antara intipati yang cuba disampaikan adalah perihal tidak ramai orang zaman kini yang berani menegur kesalahan orang lain. Keperluan menegah perbuatan jahat dan mungkar dari terus berlaku terutamanya dikalangan orang beragama islam sangatlah perlu. Dalam konteks bekerja pula, amalan menegur itu perlu dipraktiskan dan menjadi tanggunjawab semua tanpa pengecualian namun cara penyampaian perlulah berhikmah.
" NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"
Jangan hanya disebabkan teguran kita itu, akan ada hati yang terluka..rasanya sudah tidak dalam kategori berhikmah lagi. Bagiku ketelitian dan kebijaksanaan seseorang itu dalam menyampaikan sesuatu kebenaran dengan cara yang berhikmah dan berkesan bukan sesuatu yang mudah tetapi bukan juga mustahil. Untuk dapatkan kemahiran ini, ilmu dan pengalaman memainkan peranan penting.
Ayuh kita tajamkan lagi kemahiran ini.

Comments
Post a Comment