Posts

Showing posts from August, 2023

Peluang menjalani sabatikal pentadbiran - Bahagian 2

Tanggal 18 Ogos 2023, aku menerima whatsapp dari seorang staf Jabatan Pendaftar UPM. Berbunga hati kerana bakal dapat maklum balas daripada pihak sana berhubung cadangan sabatikal. Dalam fikiranku, tertanya juga bagaimana perancangan untuk membuat sabatikal ini apabila memikirkan masa yang semakin suntuk untuk aku membuat persiapan untuk memulakan cuti belajar pada bulan disember nanti. Alhamdulillah, staf berkenaan memperkenalkan diri dan memberitahu beliau ingin menyampaikan bahawa staf di jabatan pendaftar UPM yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pelantikan iaitu En Fakaruddin, Penolong Pendaftar Kanan, berkelapangan untuk tarikh yang dicadangkan untuk sabatikalku. Cuma pada 29 Ogos staf berkenaan mempunyai program audit yang memerlukan beliau berada dalam program tersebut. Hasilnya, usai petang aku emel latar belakang Program AOP dan kertas cadangan tujuan serta perancangan sabatikalku kepada Puan Alifah dan En Fakaruddin untuk penelitian dan pertimbangan. Inshallah, ku nantikan m...

Peluang menjalani sabatikal pentadbiran - Bahagian 1

Image
Cubaan untuk pengalaman bekerja yang lain dari yang lain. Tidak disanggka tak semudah yang dirasakan. Bermula dengan pembentangan dengan Jawatankuasa untuk pertimbangan kelulusan mengikuti Administrative Outreach Program yang Panel terdiri dari Pengarah PTi, Pendaftar USM dan Dekan IPS. Temuduga berdurasi 15 minit yang tidak mudah dan cadangan tajuk yang dibentangkan diberi maklum balas untuk memastikan hasil inovasi yang akan diperolehi boleh dicapai dalam tempoh yang dibekalkan.  Tak lama untuk mengetahui keputusan AOP ini, keesokkan harinya diperolehi surat tawaran dan diminta untuk mengisi borang jawapan setuju terima. Dalam keasyikan menerima berita, persetujuan dikemukakan dan tidak terbayang lagi persiapan yang bakal dilakukan kelak. Sesi perjumpaan dengan Pengarah PTi, En Roslan Ismail dan Puan Izzati pada 6 Ogos 2023. Dijadualkan pertemuan dengan Pengarah PTi dan hasilnya untuk merealisasikan matlamat AOP ini tidaklah mudah. Dalam pembentangan ini sekali lagi tajuk cadanga...