Posts

Showing posts from November, 2011

Kehidupan Dan Cinta

Image
******** Melangkah ke alam 20-an sememangnya membawa insan bernama remaja untuk berfikir lebih jauh mengenai erti sebuah kehidupan. Terbentang dihadapannya seribu satu pilihan yang akan menentukan corak masa hadapan. Semuanya terletak di tangan masing-masing. Pilihan yang mana harus digarap terlebih dahulu. Pelajaran, perhubungan, percintaan, perkahwinan adalah topik-topik yang tidak akan pernah lari dalam perbualan remaja normal seperti saya. Sering saya berkongsi cerita dengan ummi setiap kali berbual. "Ummi, kak fatin dah kahwin!"  jawapan yang diterima. "Belajar dululah kak." Niat di hati sengaja saya mahu bercerita, namun respon yang diterima berbeza pula. Saya tahu, ummi mahu saya fokus dalam pelajaran terlebih dahulu. Usah bermain-main dengan perasaan. Ummi saya berkaca mata. Pernah saya bercerita lagi kepada Ummi. "Umi, semalam ada seorang kawan akak, dia YM dengan seorang kawan lelaki ni. Budak laki ni mulakan perbualan. Salam sayang,...

Pulut Panggang & Lepat Pisang

Image
Santai-santai hujung minggu dengan cuba resepi buat kuih.  Operasi berlepat pisang dan pulut panggang dilakukan hari raya korban kedua, petang nanti masing-masing nak bertolak balik . Esok kerja. Sebenarnya tak susah nak buat kuih-kuih ini, jika ada bahannya sekejap saja siap. Bila sudah siap nikmatnya menjamu selera petang-petang dengan kuih ini. Nyummmmmmmmmmmm... LEPAT PISANG Pokok pisang tepi rumah sudah masak benar, pagi itu pada mulanya nak buat pisang goreng. Teringin benar tapi, mak kata pisang tu tak sesuai untuk digoreng sebab nanti makan minyak. Betul juga jadi ku kisar saja pisang itu untuk dibuat jemput pisang. Heheee..sedap juga rasanya. Padaku, kalau rajin kenyang perut..Alhamdulillah Ala-ala jemput yang ku buat..photo kredit to  http://www.myresipi.com   Baki pisang yang telah ku kisar ku simpan dalam peti sejuk. Banyak sangat, risau jika tidak habis dimakan akan dibuang saja. Membazir sudah. Menu pisang tak habis dibuat jempu...

Good Attitute Towards Others and Threats Them Well

Image
The muslim woman is of good and noble character, friendly, humble, gentle of speech and tactful. She likes others and is liked by them. By doing so, she is following the example of the Prophet. "Among the best of you are those who have the best attitute (towards others)" ~ 'The most perfect in faith of the believers are those who are best in their attitute towards others" ~~ "No greater deed will be placed in the balance than a good attitute towards others. A good atitute towards others will bring a person up to the level of fasting and prayer" ~~~ "By virtue of his good attitute towards others, a person may reach the level of one who habitually fasts (during the day) and stands in prayer (at night)." ~~~~ " A good attitute is a blessing and a bad attitute is a calamity. Piety lenghtens life and charity will prevent a bad death". Muslims should continue to seek to increase in good attitudes, no matter what he...

Disconnect

Image
Pencarian bermula... Misi mencari barang yang sudah lama tidak ku jumpa..buka sahaja pintu rumah ku terus ke bilik mencari barang tersebut. Nekad ikut kata hati..Insya'Allah moga ketemu. Ku selonggar setiap sudut bilik dan tempat yang ku rasa ada barang itu. Ku cari dan terus cari..ikhtiar dahulu dan seterusnya tawakal pada-Nya. Ada rezeki ku ketemu semula. Tak ku sangka dalam mencari-cari itu ku ketemu..singkat sahaja pencarian ku itu. Ku cuba tekan untuk pastikan samada masih berfungsi atau tidak. Ohhh..sudah tiada casnya. Misi seterusnya.. Mencari penyambung nyawa..ku selongkar lagi sudut-sudut mengikut gerak hati ini. Mungkin ada. Cari dan terus cari. Alhamdulillah ketemu juga. Pencarian telah berhasil namun setelah cuba berikhtiar barang tersebut masih tidak berfungsi seperti biasa. Mungkin bukan rezekiku. Namun alhamdulillah, ikhtiarku untuk mendapat kepastian keberadaan dan boleh guna barang tersebut terjawab. So bermula la episod 'disconnect'...semoga beroleh ...