Posts

Showing posts from July, 2023

Meniti semula citra penulisan

Image
Satu ketika dulu keterujaan dalam menyusun kata yang menghasilkan sebuah penulisan adalah sesuatu yang aku rasakan amat mengasyikkan. Sayembara sajak, esei khusus bertema dan seumpamanya adalah sesuatu yang menjadi keseronokan zaman persekolahanku. Bila menginjak ke alam universiti, keterujaan ini berkurangan dek kesibukan dalam mengejar aktiviti dan program kesukarelawan. Tidak lagi menyusahkan diri dalam mengolah kata yang akhirnya menyebabkan tenggelammnya kosa kata kerana tidak diperkasa. Tidak dinafikan di universiti aku diulit dengan lambakan informasi dan pengetahuan sehingga lupa untuk menulis bagi menterjemahkan pemahaman. Sungguh aku lupa..sungguh aku alpa..alpa dalam penulisan. Dalam alam pekerjaan ini aku selalu diingatkan oleh ketua dalam organisasiku agar aku menulis dan merekodkan pengalaman dan dapatan yang aku lalui. Menulis dan kongsikan pada mereka yang belum mengetahui. Namun benar aku alpa..aku terus membaca namun terlupa untuk menulis dalam menyampaikan citra rasa...