Senaskah buku
Minggu ini masing-masing sibuk dengan Majlis Konvokesyen. Membantu mengurus dan meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pengajian di Universiti. Alhamdulillah, masuk tahun ini tiga kali diberi peluang untuk turut sama menjayakan Majlis yang penuh makna ini. Walaupun bukan diri sendiri yang berjalan diatas pentas kuning itu untuk menerima skrol empunya diri tapi dapat kesempatan untuk lihat dan raikan dengan mereka yang dirai sudah cukup bermakna. Mudahan semangat dalam diri untuk menyambung pelajaran sentiasa membara dalam diri. Mahu rasa perasaan itu lagi. Teringat kata seseorang yang mengatakan, 'disebalik penghargaan 2-3 saat diatas pentas tu, terkandung suka duka,pahit maung untuk mendapatkannya'. Sememangnya benar dan pengalaman itu yang membentuk diri. Dalam kesempatan minggu konvo ini, peluang untuk servey gerai favourite a.k.a gerai buku sememangnya tiada boleh dilepaskan. Almaklum, mana tahu boleh dapat harga runtuh..memang berbaloi-baloi. Dari satu gerai ke...