Posts

Showing posts from December, 2011

Sentiasa Tersenyum

Image
Untuk post kali ini mari kita studi pasal senyum(Walaupun sekarang ini sepatutnya studi semua notes2 untuk duduki exam perkhidmatan tapi..life not everything about that right)..ambil masa untuk rilek dan revise pasal SENYUM..oK~ Kata orang, senyum itu satu sedekah. Senyum boleh membuatkan kita dan orang lain berasa gembira. Jika kita senyum dan memberikan senyuman kepada orang yang tersayang, pasti mereka akan berasa gembira. DAN semestinya senyuman yang hendak diberi itu Senyuman yang segar lagi ikhlas kan? Keceriaan akan terpancar diwajah melalui senyuman! Senyuman boleh menjadikan kita lebih muda dan menarik. Dah sedia maklum orang yang suka senyum akan mengalami proses penuaan yang perlahan. Ini kerana senyuman yang manis dan ikhlas akan menyebabkan bahagian dalaman tubuh kita berasa tenang, meredakan tekanan darah, dan menjadikan diri kita seorang yang ceria. Jadi rajinkan diri anda untuk menguntumkan senyuman.Kita tidak boleh 'memaksa' orang lain untuk senyum ...

RESPECT

Image
RESPECT Adab yang berkait dengan hormat menghormati sesama insan amat penting namun sering kali diambil mudah. Mulut petah mengeluarkan kata-kata akan perlunya saling hormat menghormati..telinga pula sudah seringkali mendengar tapi adakah kita benar-benar mengamalkannya. Muhasabah diri~ Bila sudah memasuki alam bekerja, rasanya perkara ini amat dekat sekali. Ketika diawal pekerjaan, ku akui yang perkara berkaitan dengan -RESPECT- tidak ku fahami dengan sebenar-benarnya. Pada anggapanku dengan posisi yang ada, sebarang permintaan dan arahan akan dilakukan dan dilaksanakan tanpa sukar tapi sebenarnya..its not that easy..biar beribu kali dingat dan diberitahu jika tiada sense of respect dari orang yang menerima dan orang yang memberi arahan, perkara yang mudah pun akan menjadi sukar. "Kita hanya mampu menarik kuda ke sungai,tetapi minum atau tidak, tiada siapa yang boleh memaksanya." Teringat dengan kata-kata daripada motivator ; 'Apa ya...