Penangan surat elektronik itu
Tersentak dengan email yang baru ku terima kira-kira jam 2.30 petang..apa yang dimaksudkannya..perlukah diemail pada mereka yang tidak berkenaan tentang perkara ini..Ini soal maruah..kesabaran ku tergugat juga ini..sempat ku layangkan email kepada senior tentang perkara ini. Antara ayat yang ku tulis..."Apa yang hendak dia buktikan dengan menghantar email ini pada mereka ini?" getusku dalam email tersebut. Perlu cari sebabnya... Sebenarnya untuk untuk bersemuka dengan pemberi email ini bukan sesuatu yang ku sukai. Arrgggghhh..betul apa yang orang kata..untuk bersemuka dengan masalah bukan sesuatu yang mudah..orang lebih rela membiarkannya ataupun menyalurkan pada saluran yang sewaktu dengannya daripada berdepan dengan masalah itu sendiri. Tapi mahu tak mahu..ku perlu hadapi dan selesaikan perkara ini..aku tahu tanggungjawab yang di amanah kan ini akan dipersoal bukan hanya di muka bumi ini tetapi di akhirat nanti. Apabila setiap amalan dan tindakan kita akan dihisab ol...