Posts

Showing posts from October, 2025

Telinga ditabir sunyi

Image
Tujuh hari ini diduga dengan masalah telinga tersumbat.  Bukan sebelah telinga saja tapi kedua-duanya. Asal niat suci murni kerana rasa telinga tak berapa selesa tapi mengundang pengalaman lain dari biasa.Kalau sebelum ini telinga super clear nyaring dan elok kekuatan bunyinya anugerah dari ilahi, bila jadi ini memang insaf, suara auto perlahan,dengar tak berapa dengar dan berdesing telinga. Itu tak termasuk rasa 'kedap' dikedua-dua belah telinga yang buat rasa tak selesa tak tentu masa. Rasa pilu bila anak panggil 'ibu' tapi aku rasa sayup-sayup saja suara kecil mereka.Jiwa ibu yang sebelum ini peka dengan bunyi sekitar keberadaan anak-anak di rumah atau diluar menjadi amat terbatas sekali. Risau sebab tidak lagi se'peka' dahulu untuk mendengar riuh suara mereka, jeritan dan suara panggilan mereka jika mereka berjauhan dari kita. Suara suami yang belum ini menjadi halwa telinga dan pasangan berlawan cakap kerap juga terlepas apa yang dibualkan dia pada aku. Ada...